Loading...

1st Forum AMFC Group @ Circles99.com

1st Forum AMFC Group @ Circles99.com
Amy Mastura's Official Fan Club Group

Amy Mastura FC Public Gallery

Filem "DAMPING MALAM" - Di PAWAGAM Pada 30 DISEMBER 2010

Amy Mastura Hiburkan penonton di Karnival LKSA

DAFTAR : AHLI (AMY MASTURA FAN CLUB-AMFC)

DAFTAR : AHLI (AMY MASTURA FAN CLUB-AMFC)
Sila daftarkan keahlian anda kepada Amy Mastura Fan Club. Maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain melainkan aktiviti kelab.
Amy Mastura on Facebook

ABOUT : ADMIN AMFC

My Photo
~~DARI MEJA ADMIN AMFC~~
Assalamualaikum....w.b.t. & Salam Sejahtera. Kepada semua fans (AMFC) @ Facebook. Kalian semua secara automatik telah menjadi ahli AMFC (Amy Mastura Fan Club). Dengan ini pihak kami (Admin AMFC) ingin meminta kerjasama dari pihak kalian semua bagi memudahkan perancangan AMFC di tahun ini & di tahun-tahun mendatang untuk melakukan sebarang aktiviti bersama Amy Mastura dengan jayanya. Berita Terkini, Kenangan Bersama, Karya Peminat, Trivia, Motivasi, Apa Khabar AMFC'ians?, Respond Anda? & Ulat Buku. Semuanya terkandung di BLOG khas untuk AMFC. Sila berikan cadangan kalian di BLOG ini bagi memudahkan pihak kami meneliti, memudahkan pihak kalian dan pihak kami untuk menjayakan aktiviti AKAN DATANG nanti. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum....w.b.t. & Salam 1 AMFC.
View my complete profile

12:47 PM Posted In Edit This 0 Comments »
ULAT BUKU : EDISI : DISEMBER 2010

PERHATIAN!!!!
Di ruangan ini adalah terbuka kepada semua AMFC ingin berkongsi minat membaca seperti ULAT BUKU. Setelah anda membaca buku yang menarik daripada mana-mana sumber untuk dikongsikan bersama. Sila emailkan kepada Admin AMFC semua berkaitan buku apa yang menarik minat anda yang ingin kongsikan bersama ke :
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

12:33 PM Posted In Edit This 0 Comments »
AKTIVITI "AKAN DATANG" AMFC : EDISI DISEMBER 2010


AKTIVITI AMFC : " MOVIE DAY OUT WITH AMY MASTURA & FANS (AMFC)"


FILEM : DAMPING MALAM
Time
Sunday, January 2 · 8:00pm - 11:30pm

LocationCINEMA (AREA KL)


Penyertaan TERHAD kepada 50 orang pertama yang mendaftar dan selesai membuat pembayaran sahaja.

TARIKH TUTUP pendaftaran & pembayaran : 30 Disember 2010

Pada yang berminat, boleh mendaftarkan NAMA PENUH, NO. K/P & NO. TEL dengan menghubungi:

e-mail: erdaliza@gmail.com

Pastikan anda tidak terlepas peluang ini ye :)

InsyaAllah, jika ada sebarang AKTIVITI AMFC lagi kita akan bersama-sama mengHAVOCkan keadaan, sambil itu HAPPY selalu selagi masih ada kesempatan.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum....w.b.t. & Salam 1 AMFC.

Yang menjalankan tugas,
-ADMIN AMFC-
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MEETING AMFC : AMFC (Ahli yang berminat)
PERHATIAN!!!!

Kepada : Semua AMFC
Daripada : ADMIN AMFC

Assalamualaikum...w.b.t. & Salam Sejahtera,

Pihak kami ingin memaklumkan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan nanti. Sebarang "Meeting AMFC" yang akan diadakan adalah diantara ahli AMFC & tanpa kehadiran Amy Mastura. Diharapkan jangan ada sebarang masalah nanti jika ada yang sudah tersalah faham. Meeting ini diadakan bagi memberi ruang kepada ahli AMFC baru untuk AKTIF dan memberikan kerjasama serta menjayakan aktiviti bersama AMFC. Diharapkan sesiapa yang berminat tidak mengharapkan apa-apa keistimewaan dan lakukan tugas dengan sukarela tanpa paksaan.
Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum....w.b.t. & Salam 1 AMFC.
p/s : Kpd AMFC'ians yang berumur 18thn ke bawah adalah lebih baik meminta keizinan daripada ibubapa/penjaga terlebih dahulu untuk menghadiri sebarang aktiviti bersama AMFC. Minta kerjasama semua AMFC'ians yg belum lagi mengemaskinikan database kepada pihak kami. Supaya pihak kami mudah dapat menghubungi anda, ibubapa/penjaga anda (di bawah umur 18thn) dan bagi mengelakkan agar tidak berlaku sebarang masalah nanti. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
-ADMIN AMFC-
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKTIVITI : MEI, JUN atau DISEMBER TAHUN 2011

AKTIVITI "AMFC" : Cadangan untuk "Santai bersama Amy Mastura"

Assalamualaikum....w.b.t. & Salam Sejahtera.

Kepada semua fans (AMFC) @ Facebook. Kalian semua secara automatik telah menjadi ahli AMFC (Amy Mastura Fan Club). Dengan ini pihak kami (Admin AMFC) ingin meminta kerjasama dari pihak kalian semua bagi memudahkan perancangan AMFC di tahun ini & di tahun-tahun mendatang untuk melakukan sebarang aktiviti bersama Amy Mastura dengan jayanya.


Seperti yang kalian sedia maklum, tahun lepas pihak kami telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Amy Mastura "Happy Ramadhan With Amy Mastura" di Shah's Village Hotel, Petaling Jaya pada 29/08/2009 dan beberapa aktiviti di tahun ini. Alhamdulillah, baru-baru ini Majlis Hari Raya AMFC "Setahun Sekali Bersama Amy Mastura" di Restoran Rebung Chef Ismail (Pemilik Restoran : Chef Ismail & Dato' Dr Sheikh Muszaphar) Bangsar, Kuala Lumpur pada 26/09/2010 telah selesai dengan jayanya. Di sini pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua AMFC dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan majlis ini dengan sempurna. Terima kasih juga kepada PRESS (para wartawan) yang sudi menghadirkan diri untuk memeriahkan lagi majlis ini. Pihak kami juga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang sudi menghadirkan diri ke majlis berikut, seandainya ada terkasar bahasa atau terkurang kelancaran majlis di hari berikut tanpa disedari. Jika kalian sudi memberikan idea-idea bernas untuk AKTIVITI AMFC seterusnya sila berikan cadangan kalian di sini atau email kepada pihak kami.

Untuk perancangan "Santai bersama Amy Mastura" berkemungkinan akan diadakan pada tahun hadapan. Jadi pada tahun ini pihak kami inginkan kerjasama daripada pihak kalian semua, untuk memberikan kerjasama bagi menjayakan program yang dicadangkan oleh pihak kami ini.


AKTIVITI DICADANGKAN : "Santai bersama Amy Mastura"
TEMPAT : Pulau Jerejak, Pulau Pinang. (cadangan pihak kami)
TARIKH & MASA : 2 Hari 1 Malam (sila berikan cadangan kalian)
BAYARAN : RM100 - RM200 (anggaran dalam perancangan - sila kemukakan cadangan kalian jika ada)
Sila berikan cadangan kalian di sini bagi memudahkan pihak kami meneliti, memudahkan pihak kalian dan pihak kami untuk menjayakan aktiviti ini nanti.
Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum....w.b.t. & Salam 1 AMFC.

Yang menjalankan tugas:
~~Admin AMFC~~
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

12:32 PM Posted In Edit This 0 Comments »
RESPOND ANDA? : EDISI : DISEMBER 2010

PERHATIAN!!!!
Di ruangan ini adalah terbuka kepada semua AMFC atau sesiapa sahaja yang melayari BLOG ini. Sila berikan pandangan atau komen anda, supaya BLOG ini akan LEBIH BAIK dan menarik jika anda rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. Sila emailkan kepada Admin AMFC semua pandangan atau komen anda, di BLOG ini atau sila hantar pesanan anda ke :
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)
Pihak kami sedia menerima teguran yang diberikan oleh anda. Terima kasih.


Yang menjalankan tugas:
~~Admin AMFC~~
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

12:31 PM Posted In Edit This 0 Comments »
APA KHABAR AMFC'ians? : EDISI : DISEMBER 2010

PERHATIAN!!!!
Di ruangan ini adalah terbuka kepada semua AMFC berkongsi segala cerita tentang APA KHABAR AMFC'ians sama ada diri anda atau kenalan rapat anda yang menjadi keluarga (ahli) AMFC untuk dikongsikan bersama. Sila emailkan kepada Admin AMFC semua berkaitan apa perkhabaran yang terbaru dari anda, sama ada meraikan majlis hari jadi, pertunangan, perkahwinan dan apa sahaja berita dari AMFC yang anda ingin kongsikan bersama ke :


E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

12:12 PM Posted In Edit This 0 Comments »
TRIVIA : EDISI : DISEMBER 2010

PERHATIAN!!!!
Di ruangan ini adalah terbuka kepada semua AMFC berkongsi segala cerita tentang TRIVIA menarik yang anda telah terbaca sama ada di akhbar, majalah atau daripada mana-mana sumber untuk dikongsikan bersama. Sila emailkan kepada Admin AMFC semua cerita anda ke :

E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

12:12 PM Posted In Edit This 0 Comments »
MOTIVASI : EDISI : DISEMBER 2010

PERHATIAN!!!!

Di ruangan ini adalah terbuka kepada semua AMFC berkongsi segala cerita tentang MOTIVASI menarik yang anda telah terbaca sama ada di akhbar, majalah atau daripada mana-mana sumber untuk dikongsikan bersama. Sila emailkan kepada Admin AMFC semua berkaitan motivasi yang anda tahu ke :

E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cuba kalian hayati betul-betul lirik lagu THE BEST PART ini yang pernah dinyanyikan oleh AMY MASTURA & TOMMY PAGE dengan penuh penghayatan yang mendalam dan penuh bermakna. Jika ada sebarang pandangan melalui lirik ini sila berikan komen kalian di sini. Jadikan sebagai pendorong untuk MOTIVASI DIRI kalian dalam menempuhi kehidupan seharian. Terima kasih & Salam 1 AMFC.

(gambar sekadar hiasan)

~~THE BEST PART~~
(Duet Amy Mastura & Tommy Page)

The best part of the morning
Is opening my eyes
Seeing you next to me
Makes me realize
That all in my heart
You're the best part

The best part of the day
Is receiving your call
Taking me away
From the rest of it all
Hearing your voice
That's the best part

The best part of sundown
Is the colourful sky
Dreaming of us, eye to eye
Thinking of you
That's the best part

Although there may be bad times
That cause us some pain
If all the times were good
It wouldn't be true
But i'd go through the bad times
Just to have
One good times with you
When i think of my life
Everyday in my life
The best part of living has been you
When i dream in the night
Hold you close hold you tight
The best part of loving comes true

The best part of my life
Is being with you
If you ever away
My life would be through
Cause right from the start
You've been the best part
The best part

12:10 PM Posted In Edit This 0 Comments »
KARYA PEMINAT : EDISI : DISEMBER 2010

PERHATIAN!!!!
Di ruangan ini adalah terbuka kepada semua AMFC berkongsi segala karya asli anda sama ada berbentuk penulisan, lukisan atau sebarang hasil nukilan untuk dikongsikan bersama. Sila emailkan kepada Admin AMFC semua hasil karya anda ke :

E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

12:09 PM Posted In Edit This 0 Comments »
KENANGAN BERSAMA : EDISI : DISEMBER 2010

PERHATIAN!!!!
Di ruangan ini adalah terbuka kepada semua AMFC berkongsi segala gambar dan cerita-cerita menarik anda serta kenangan indah ketika bersama Amy Mastura. Sila emailkan kepada Admin AMFC semua cerita anda ke :

E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

12:08 PM Posted In Edit This 0 Comments »
BERITA TERKINI : EDISI : DISEMBER 2010

HANTAR SURAT/KAD UCAPAN : UNTUK AMY MASTURA

Sebarang surat-menyurat dari anda kepada Amy Mastura, boleh sahaja hantar ke a
lamat :

Amy Mastura Sdn Bhd
No 2-1, Jln Wangsa Setia 4,
Wangsa Melawati,
53310 Kuala Lumpur.

-ADMIN AMFC-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

FILEM : AKU TAK BODOH

Poster

Pelakon : Riezman, Amy Mastura, Namron, Adibah Noor, Dato' Jalaluddin Hassan
Diterbitkan oleh : Primeworks Studio
Mula di tayangkan pada 2 Disember 2010
Tempoh : 95 minit

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

FILEM : DAMPING MALAM


Pelakon : Amy Mastura, Erynne Erynna, Ahmad Idham, Azizah Mahzan, Eizlan Yusof,
Putri Mardiana, Normah Damanhuri, Datin Nina Juren

Diterbitkan oleh : Metrowealth Movies Production Sdn Bhd

Mula di tayangkan pada 30 Disember 2010

Tempoh : 90 minit

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

12:01 PM Posted In Edit This 0 Comments »
EDITOR : By ADMIN AMFC : EDISI DISEMBER 2010

~~ Sekapur Sireh~~
Assalamualaikum....w.b.t. & Salam Sejahtera.

Kepada semua fans (AMFC) @ Facebook. Kalian semua secara automatik telah menjadi ahli AMFC (Amy Mastura Fan Club). Dengan ini pihak kami (Admin AMFC) ingin meminta kerjasama dari pihak kalian semua bagi memudahkan perancangan AMFC di tahun ini & di tahun-tahun mendatang untuk melakukan sebarang aktiviti bersama Amy Mastura dengan jayanya.
"Selamat Tahun Baru Islam - Awal Muharram (Maal Hijrah 1432)" kepada peminat-peminat Amy Mastura (AMFC) yang beragama Islam walau di mana berada. Bersama-sama mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan dalam hidup kita, serta menjalani kehidupan di tahun baru dengan penuh kesabaran & kesyukuran.

Serta "Merry Christmas" kepada fans (AMFC) yang beragama Kristian. Alhamdulillah, rezeki PUTERI IMPIAN kita Amy Mastura pada tahun ini mencurah-curah. Bukan sahaja dalam bidang seni lakonan samaada lakonan beliau untuk drama atau filem yang bakal berada di pawagam berhampiran anda di seluruh Malaysia, iaitu filem "AKU TAK BODOH" & "DAMPING MALAM" mulai Disember 2010. Disamping itu, di dalam beberapa kempen dan projek amal juga turut disertai oleh Amy Mastura. Antara kempen serta projek amal yang disertai oleh Amy Mastura ialah kempen "Kami Prihatin". Sudah pasti kalian semua ternanti-nantikan kemunculan Amy Mastura di dalam persada seni kembali bersinar dan sentiasa ceria serta HAPPY selalu. Alhamdulillah, jika dulu Amy Mastura menjadi duta produk dan di tahun ini, beliau telah menjadi duta untuk produk kesihatan TAKASIMA dan kempen Malaysia, 'Jom Lebih Sihat' telah dianjurkan oleh LIFEBUOY. Apalagi kepada yang belum mengunakan produk tersebut bertukarlah kepada produk LIFEBUOY dan produk kesihatan TAKASIMA kerana Amy Mastura adalah dutanya, disamping itu juga kita dapat menyumbangkan derma dari hasil pembelian produk LIFEBUOY sambil menjaga kesihatan sekeluarga serta mencengah dari penularan wabak H1N1.

Disamping itu pihak kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan keahlian baru dan pengAKTIFan semula AMFC seperti di tahun-tahun sebelum ini. Sila DAFTAR diri anda untuk pihak kami menghubungi dengan mudah selepas ini.
Jika kalian sudi memberikan idea-idea bernas untuk aktiviti AMFC seterusnya sila berikan cadangan kalian di sini atau ke email ADMIN AMFC. Jadi pada tahun ini pihak kami inginkan kerjasama daripada pihak kalian semua untuk memberikan kerjasama bagi menjayakan program yang bakal diselengarakan oleh pihak kami nanti.
Sila berikan cadangan kalian di BLOG ini bagi memudahkan pihak kami meneliti, memudahkan pihak kalian dan pihak kami untuk menjayakan aktiviti AKAN DATANG nanti.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum....w.b.t. & Salam 1 AMFC.

Yang menjalankan tugas:
~~Admin AMFC~~
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)