Loading...

1st Forum AMFC Group @ Circles99.com

1st Forum AMFC Group @ Circles99.com
Amy Mastura's Official Fan Club Group

Amy Mastura FC Public Gallery

Filem "DAMPING MALAM" - Di PAWAGAM Pada 30 DISEMBER 2010

Amy Mastura Hiburkan penonton di Karnival LKSA

DAFTAR : AHLI (AMY MASTURA FAN CLUB-AMFC)

DAFTAR : AHLI (AMY MASTURA FAN CLUB-AMFC)
Sila daftarkan keahlian anda kepada Amy Mastura Fan Club. Maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain melainkan aktiviti kelab.
Amy Mastura on Facebook

ABOUT : ADMIN AMFC

My Photo
~~DARI MEJA ADMIN AMFC~~
Assalamualaikum....w.b.t. & Salam Sejahtera. Kepada semua fans (AMFC) @ Facebook. Kalian semua secara automatik telah menjadi ahli AMFC (Amy Mastura Fan Club). Dengan ini pihak kami (Admin AMFC) ingin meminta kerjasama dari pihak kalian semua bagi memudahkan perancangan AMFC di tahun ini & di tahun-tahun mendatang untuk melakukan sebarang aktiviti bersama Amy Mastura dengan jayanya. Sila berikan cadangan kalian di BLOG ini bagi memudahkan pihak kami meneliti, memudahkan pihak kalian dan pihak kami untuk menjayakan aktiviti AKAN DATANG nanti. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum...w.b.t.
View my complete profile

12:33 PM Posted In Edit This 0 Comments »
AKTIVITI "AKAN DATANG" AMFC : EDISI DISEMBER 2010


AKTIVITI AMFC : " MOVIE DAY OUT WITH AMY MASTURA & FANS (AMFC)"


FILEM : DAMPING MALAM
Time
Sunday, January 2 · 8:00pm - 11:30pm

LocationCINEMA (AREA KL)


Penyertaan TERHAD kepada 50 orang pertama yang mendaftar dan selesai membuat pembayaran sahaja.

TARIKH TUTUP pendaftaran & pembayaran : 30 Disember 2010

Pada yang berminat, boleh mendaftarkan NAMA PENUH, NO. K/P & NO. TEL dengan menghubungi:

e-mail: erdaliza@gmail.com

Pastikan anda tidak terlepas peluang ini ye :)

InsyaAllah, jika ada sebarang AKTIVITI AMFC lagi kita akan bersama-sama mengHAVOCkan keadaan, sambil itu HAPPY selalu selagi masih ada kesempatan.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum....w.b.t. & Salam 1 AMFC.

Yang menjalankan tugas,
-ADMIN AMFC-
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MEETING AMFC : AMFC (Ahli yang berminat)
PERHATIAN!!!!

Kepada : Semua AMFC
Daripada : ADMIN AMFC

Assalamualaikum...w.b.t. & Salam Sejahtera,

Pihak kami ingin memaklumkan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan nanti. Sebarang "Meeting AMFC" yang akan diadakan adalah diantara ahli AMFC & tanpa kehadiran Amy Mastura. Diharapkan jangan ada sebarang masalah nanti jika ada yang sudah tersalah faham. Meeting ini diadakan bagi memberi ruang kepada ahli AMFC baru untuk AKTIF dan memberikan kerjasama serta menjayakan aktiviti bersama AMFC. Diharapkan sesiapa yang berminat tidak mengharapkan apa-apa keistimewaan dan lakukan tugas dengan sukarela tanpa paksaan.
Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum....w.b.t. & Salam 1 AMFC.
p/s : Kpd AMFC'ians yang berumur 18thn ke bawah adalah lebih baik meminta keizinan daripada ibubapa/penjaga terlebih dahulu untuk menghadiri sebarang aktiviti bersama AMFC. Minta kerjasama semua AMFC'ians yg belum lagi mengemaskinikan database kepada pihak kami. Supaya pihak kami mudah dapat menghubungi anda, ibubapa/penjaga anda (di bawah umur 18thn) dan bagi mengelakkan agar tidak berlaku sebarang masalah nanti. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
-ADMIN AMFC-
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKTIVITI : MEI, JUN atau DISEMBER TAHUN 2011

AKTIVITI "AMFC" : Cadangan untuk "Santai bersama Amy Mastura"

Assalamualaikum....w.b.t. & Salam Sejahtera.

Kepada semua fans (AMFC) @ Facebook. Kalian semua secara automatik telah menjadi ahli AMFC (Amy Mastura Fan Club). Dengan ini pihak kami (Admin AMFC) ingin meminta kerjasama dari pihak kalian semua bagi memudahkan perancangan AMFC di tahun ini & di tahun-tahun mendatang untuk melakukan sebarang aktiviti bersama Amy Mastura dengan jayanya.


Seperti yang kalian sedia maklum, tahun lepas pihak kami telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Amy Mastura "Happy Ramadhan With Amy Mastura" di Shah's Village Hotel, Petaling Jaya pada 29/08/2009 dan beberapa aktiviti di tahun ini. Alhamdulillah, baru-baru ini Majlis Hari Raya AMFC "Setahun Sekali Bersama Amy Mastura" di Restoran Rebung Chef Ismail (Pemilik Restoran : Chef Ismail & Dato' Dr Sheikh Muszaphar) Bangsar, Kuala Lumpur pada 26/09/2010 telah selesai dengan jayanya. Di sini pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua AMFC dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan majlis ini dengan sempurna. Terima kasih juga kepada PRESS (para wartawan) yang sudi menghadirkan diri untuk memeriahkan lagi majlis ini. Pihak kami juga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang sudi menghadirkan diri ke majlis berikut, seandainya ada terkasar bahasa atau terkurang kelancaran majlis di hari berikut tanpa disedari. Jika kalian sudi memberikan idea-idea bernas untuk AKTIVITI AMFC seterusnya sila berikan cadangan kalian di sini atau email kepada pihak kami.

Untuk perancangan "Santai bersama Amy Mastura" berkemungkinan akan diadakan pada tahun hadapan. Jadi pada tahun ini pihak kami inginkan kerjasama daripada pihak kalian semua, untuk memberikan kerjasama bagi menjayakan program yang dicadangkan oleh pihak kami ini.


AKTIVITI DICADANGKAN : "Santai bersama Amy Mastura"
TEMPAT : Pulau Jerejak, Pulau Pinang. (cadangan pihak kami)
TARIKH & MASA : 2 Hari 1 Malam (sila berikan cadangan kalian)
BAYARAN : RM100 - RM200 (anggaran dalam perancangan - sila kemukakan cadangan kalian jika ada)
Sila berikan cadangan kalian di sini bagi memudahkan pihak kami meneliti, memudahkan pihak kalian dan pihak kami untuk menjayakan aktiviti ini nanti.
Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum....w.b.t. & Salam 1 AMFC.

Yang menjalankan tugas:
~~Admin AMFC~~
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

0 comments: