Loading...

1st Forum AMFC Group @ Circles99.com

1st Forum AMFC Group @ Circles99.com
Amy Mastura's Official Fan Club Group

Amy Mastura FC Public Gallery

Filem "DAMPING MALAM" - Di PAWAGAM Pada 30 DISEMBER 2010

Amy Mastura Hiburkan penonton di Karnival LKSA

DAFTAR : AHLI (AMY MASTURA FAN CLUB-AMFC)

DAFTAR : AHLI (AMY MASTURA FAN CLUB-AMFC)
Sila daftarkan keahlian anda kepada Amy Mastura Fan Club. Maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain melainkan aktiviti kelab.
Amy Mastura on Facebook

ABOUT : ADMIN AMFC

My Photo
~~DARI MEJA ADMIN AMFC~~
Assalamualaikum....w.b.t. & Salam Sejahtera. Kepada semua fans (AMFC) @ Facebook. Kalian semua secara automatik telah menjadi ahli AMFC (Amy Mastura Fan Club). Dengan ini pihak kami (Admin AMFC) ingin meminta kerjasama dari pihak kalian semua bagi memudahkan perancangan AMFC di tahun ini & di tahun-tahun mendatang untuk melakukan sebarang aktiviti bersama Amy Mastura dengan jayanya. Sila berikan cadangan kalian di BLOG ini bagi memudahkan pihak kami meneliti, memudahkan pihak kalian dan pihak kami untuk menjayakan aktiviti AKAN DATANG nanti. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum...w.b.t.
View my complete profile

12:01 PM Posted In Edit This 0 Comments »
EDITOR : By ADMIN AMFC : EDISI DISEMBER 2010

~~ Sekapur Sireh~~
Assalamualaikum....w.b.t. & Salam Sejahtera.

Kepada semua fans (AMFC) @ Facebook. Kalian semua secara automatik telah menjadi ahli AMFC (Amy Mastura Fan Club). Dengan ini pihak kami (Admin AMFC) ingin meminta kerjasama dari pihak kalian semua bagi memudahkan perancangan AMFC di tahun ini & di tahun-tahun mendatang untuk melakukan sebarang aktiviti bersama Amy Mastura dengan jayanya.
"Selamat Tahun Baru Islam - Awal Muharram (Maal Hijrah 1432)" kepada peminat-peminat Amy Mastura (AMFC) yang beragama Islam walau di mana berada. Bersama-sama mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan dalam hidup kita, serta menjalani kehidupan di tahun baru dengan penuh kesabaran & kesyukuran.

Serta "Merry Christmas" kepada fans (AMFC) yang beragama Kristian. Alhamdulillah, rezeki PUTERI IMPIAN kita Amy Mastura pada tahun ini mencurah-curah. Bukan sahaja dalam bidang seni lakonan samaada lakonan beliau untuk drama atau filem yang bakal berada di pawagam berhampiran anda di seluruh Malaysia, iaitu filem "AKU TAK BODOH" & "DAMPING MALAM" mulai Disember 2010. Disamping itu, di dalam beberapa kempen dan projek amal juga turut disertai oleh Amy Mastura. Antara kempen serta projek amal yang disertai oleh Amy Mastura ialah kempen "Kami Prihatin". Sudah pasti kalian semua ternanti-nantikan kemunculan Amy Mastura di dalam persada seni kembali bersinar dan sentiasa ceria serta HAPPY selalu. Alhamdulillah, jika dulu Amy Mastura menjadi duta produk dan di tahun ini, beliau telah menjadi duta untuk produk kesihatan TAKASIMA dan kempen Malaysia, 'Jom Lebih Sihat' telah dianjurkan oleh LIFEBUOY. Apalagi kepada yang belum mengunakan produk tersebut bertukarlah kepada produk LIFEBUOY dan produk kesihatan TAKASIMA kerana Amy Mastura adalah dutanya, disamping itu juga kita dapat menyumbangkan derma dari hasil pembelian produk LIFEBUOY sambil menjaga kesihatan sekeluarga serta mencengah dari penularan wabak H1N1.

Disamping itu pihak kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan keahlian baru dan pengAKTIFan semula AMFC seperti di tahun-tahun sebelum ini. Sila DAFTAR diri anda untuk pihak kami menghubungi dengan mudah selepas ini.
Jika kalian sudi memberikan idea-idea bernas untuk aktiviti AMFC seterusnya sila berikan cadangan kalian di sini atau ke email ADMIN AMFC. Jadi pada tahun ini pihak kami inginkan kerjasama daripada pihak kalian semua untuk memberikan kerjasama bagi menjayakan program yang bakal diselengarakan oleh pihak kami nanti.
Sila berikan cadangan kalian di BLOG ini bagi memudahkan pihak kami meneliti, memudahkan pihak kalian dan pihak kami untuk menjayakan aktiviti AKAN DATANG nanti.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum....w.b.t. & Salam 1 AMFC.

Yang menjalankan tugas:
~~Admin AMFC~~
E-mail Admin AMFC : a.amfc@yahoo.com (email sementara AMFC)

0 comments: